JellyPages.com

Friday 29 November 2013

mY NepHew Is gEttIng MarrY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalammualaikum w.b.t

Hai Kawan-kawan!!!

Nampak tak betapa stressnya saya dengan tajuk entry kali ini... Bukan sebab tak suka anak sedara saya yang sulong berkahwin.. Tapi... pasti ramai yang akan bising, bilalah maksu dia nak kahwin.... adoiaiiiiiii......

Apa-apa pon... Tahniah Aloy dan pasangannya Siti... welcome to Mali's Family.. hehehe...

bagai pinang di belah dua

Cakap pasal kahwin ni... saya mintak saya semua masyarakat paham.. bukanlah niat kami yang masih membujang ini untuk selamanya membujang...kami juga ingin mempunyai pasangan hidup yang boleh dikongsi suka dan suka.. namun apakan daya.. jodoh kami belum sampai...

bersama arwah ayah dan mak saya

Rasanya semua sedia maklum, bahawa Jodoh itu sudah tertulis di loh mahfuz.. kenapa masih mempersoalkan lambat atau cepatnya jodoh... Cubalah fahami hati kami (terasa seperti mewakili mereka yang masih bujang..hehehe) Bukanlah kami tidak berusaha mencari... kami juga punya keinginan untuk berkasih sayang.. Saya sendiri sedih melihat kawan-kawan semua sudah berkeluarga tapi saya masih sendiri... namun saya yakin dengan Janji Allah... akan datang suatu hari nanti jodoh untuk saya... Saya hanya mampu berdoa agar jodoh yang datang adalah jodoh yang terbaek untuk saya... 


bila terlihat gambar arwah ayah, lagi bertanbah sedih saya.. hanya saya anak perempuan yang arwah ayah tidak sempat untuk wali kan,...bukan rezeki saya.... tapi saya ada abang-abang yang boleh mewalikan saya...hmmm... mood ceria bertukar mendung pula.. hehehe.. tukar-tukar.... 

Ok lah aloy!!!! Congrats!!!! Siti juga.... Tahniah dan selamat mengharungi dunia baru ya.....
kami dengan bakal menantu sedara yang sulong

OK la kawan-kawan...hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... jadi akhir kalam... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya

Friday 22 November 2013

anTaRa dUa DarJaT

Assalammualaikum....

Hai kawan-kawan.....

Dari tajuk entri saya, mesti ramai yang ingat ini adalah entri tentang cinta... salah..salah.. hehehe... ini cerita tentang pengalaman saya bershopping berbelanja di pasar basah Keramat KL pada Isnin yang lepas.. Bermodalkan RM100 di tangan... Hasil nya....
ni gambar dr mr google....


Kuala Lumpur...

Ayam pencen - 2ekor
Telur ikan - rm6
Telur Ayam gred AA - Sepapan
Bawang Besar - 1kg
Bawang kecil - 1kg
Tempe - 3peket
Sawi - 1kg
Jantung Pisang - 4biji
Kubis bunga - 1/2 kg
lobak merah - 4batang
cili padi - rm5
Santan - 1kg
kerisik - Sepeket

Jumlah belanja - RM80
pasar basah keramat..sumber mr google..

Hari ini saya berbelanja pula di pasar Kg Tawas, Ipoh.. pasar ysng dikatakan antara pasar yang termahal di Ipoh.. Juga berbekal RM100

Ayam daging - 1 ekor
Ikan sardin - 1/2 kg
Ikan Bawal cermin - 1/2 kg
Telur Ayam gred AA - Sepapan
Kobis - 1/2kg
Sawi - Seikat
Pucuk Paku - 2ikat
Labu - Sebiji
Cili Padi - Sepeket
Rambutan - 1 kg
Ikan sardin tin - 1 tin
Nasi Lemak - 1
bihun Goreng - 2
Kueh - Rm1

Jumlah Belanja - RM70

Di Ipoh siap termasuk sarapan pagi, dan buah-buahan... inilah antara sebab seronoknya duduk Ipoh.... hehehe
sumber mr google..kene rajin tangkap gambar la lepas ni..huhuhu

OK la kawan-kawan...hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... jadi akhir kalam... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya

Thursday 21 November 2013

sYukrAn Ya ALLAH

Assalammualaikum...

hi kawan-kawan...

Alhamdulillah..... itu perkataan yang mampu keluar dari mulut selepas baca pesanan ringkas (mesej) dari kakak saya. Anak buah saya sudah menunjukkan tanda-tanda positif. demam sudah kebah dan tiub pernafasan juga sudah ditukar menggunakan tiub yang biasa, tidak seperti sebelum ini, menggunakan pam untuk memastikan paru-paru menerima oksigen. Syukur Alhamdulillah...

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan untuk anak buah saya.. terima kasih banyak-banyak... Allah telah makbulkan doa kita... Semog keluarga kakak saya akan lebih tenang selepas ini.. Even (tidak jumpa perkataan lain yang sesuai..hehe) mak saya pon menangis gembira doanya termakbul.. 

ini gamba lama.. curi dari fb mama dia..hehehe

Dikatakan jankitan virus kepada anak buah saya berpunca dari virus yang menular di Arab Saudi semasa musim haji. Virus yang seakan sama seperti SARS (yang ni saya jenguk Mr Google)..

Jadi kawan-kawan, terutamanya mereka yang baru pulang dari Timur Tengah, sila la ambil rawatan susulan di hospital-hospital atau klinik-klinik sekarang... jangan diambil ringan dengan perkara ini... Mungkin badan anda mampu untuk menahan serangan virus tersebut, tetapi tidak bagi yang lain...

Sistem pertahanan badan bagi setiap manusia adalah berbeza. bagi orang dewasa, sistem imun ini sudah stabil dan agak rintang. namun bagi kanak-kanak, sistem imun mereka masih dalam peringkat pembentukkan. Janganlah kerana anda malas mendapatkan rawatan dan terus menjangkiti anak-anak kecil.. yang menjadi mangsa adalah anak kecil tersebut..

Bukanlah niat untuk menunding jari kepada sesiapa.. ini cuma ingatan kepada semua dan juga diri sendiri juga... agar tidak mengambil ringan terhadap apa-apa pon penyakit walaupun ia sekadar batuk biasa.. Di dunia yang penuh pencemaran ini, penyakit biasa boleh jadi luar biasa...

OK la kawan-kawan...hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... jadi akhir kalam... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya


Monday 18 November 2013

mOGa sEmuA dIPerMuDahKan SemUaNya

Assalammualaikum w.b.t

Salam Sahabat... Kami sekeluarga dalam mood berdukacita... Ahli baru keluarga kami, anak kakak saya yang baru berusia 5bulan, dimasukkan ke ICU disebabkan jangkitan virus yang serius di paru-paru beliau... Moga semuanya di dalam lindungan yang Maha Kuasa...

Aqwa Awraputra Bin Zolhaidi

Dia seorang yang cergas, mudah tersenyum, pandai mengambil hati kami sekeluarga... Moga kakak saya tabah dengan dugaan dari Maha Pencipta....

ni gambar masa 1st admitted..

Mohon kepada kawan untuk doakan agar anak kecil ini kembali ceria seperti biasa... sedih sangat melihat keadaannya....

OK la kawan-kawan...hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... jadi akhir kalam... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya


Thursday 14 November 2013

Peringatan buat insan bernama PEREMPUAN......



Assalammualaikum...


Hai my dearest bloggers... Rindu nak menulis... Sementara mencari ilham, terbaca notes FB dari seorang kawan sekolah saya.. saya tidak mengubahsuai sedikit pon, kerana pada saya notes itu sendiri sudah cukup indah...


Peringatan buat insan bernama PEREMPUAN......



Saudariku.....


Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun..... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang... lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang....... tapi awas duri yang melingkari bias membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......


Saudariku.....


Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup.... sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......



Namun............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi gelaran gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada...
Namun ingatlah saudariku.... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah..........



Saudariku.....


Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....



Oleh itu, saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.....



Saudariku...


Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya cinta itu buta” cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT...



Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............



Saudariku...


Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.....



Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama : “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri.



"Antara tanda keberkatan seseorang wanita itu ialah, cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya....."


notes by  mohd fauzie

klik sini untuk baca note yang asal



OK la kawan-kawan...hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... jadi akhir kalam... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya!!!

Friday 8 November 2013

tiPs mEngElakAn DirI DiSamAn PoLIs

Assalammualaikum....

Hai kawan-kawan... lama saya menyepikan... hehehe.... ada perkara yang tidak dapat dielakkan.. tapi, topik saya hari ini adalah tips untuk mengelakkan dari ditahan polis ketika roadblock.. but, im so sorry guys, its only effected on girls... hehehe



Ampunnya encik polis... bukan lari dari tanggungjawab, cuma keadaan terdesak  yeke..hehehe Cerita bermula apabila saya ingin pulang ke rumah semalam... Sebelum itu tersedar yang saya terlupa untuk memperbaharui lesen saya jua roadtax motor arwah Ayah saya... huh!!!! cuak (ada ke perkataan ni dalam kamus bahasa melayu..hehehe) tak terkata... dalam kepala mula proses apa yang patut saya lakukan... jika berhenti, pasti surat cinta dari encik polis tidak dapat dielakkan..huhuhu.. dikala kekeringan ini mana mampu untuk menerima surat cinta dari encik polis... Apa pilihan yang saya ada?


pilihan 1 - Cerita sedih, memerlukan bakat lakonan tahap maksima, ceritakan perkara paling sedih yang boleh terjadi pada anda. Pernah saya praktikkan di zaman UKM dahulu.. memandu tanpa lesen dan ditahan polis, lalu saya menangis teresak-esak, kononnya bimbang akan dimarahi oleh arwah ayah saya kerana membawa motor tanpa kebenaran. merayu-rayu kepada encik polis yang sangat baik hati (lelaki kan tidak tahan dengan airmata wanita..hehehe) akhirnya dilepaskan.. Namun tidak sesuai dengan situasi saya di atas, kerana ada ramai penunggang yang sudah ditahan.

pilihan 2 - Imnesia, buat-buat macam biasa. tiada apa yang berlaku, bagi sahaja lesen yang sudah tamat tempoh, bila ditanya, pura-pura.. "eh!!!! dah expired ek...alamak.. tak perasan la pakcik..." kemudian minta belas ehsan pakcik untuk dilepaskan... sambil buat muka minta simpati dan menyesal dengan kekhilafan sebab terlupa untuk renew lesen.. namun juga tidak sesuai dengan situasi di atas.. seperti tidak logik kedua-dua lesen dan roadtax mati serentak. ada keraguan di situ, pasti mendatangkan banyak soalan daripa encik polis yang membawa kepada kegagalan.


pilihan 3 - pusing Uturn dan mencari jalan pulang yang lain. Alamak, dah lajak ni, dah tiada jalan untuk UTurn.. terpaksalah jua saya hadapi roadblock tersebut..terpaksa menggunakan ikhtiar yang terakhir.

pilihan 4 - pilihan yang terakhir ini jarang menjadi, Nasib saya agak baik semalam kerana sudah ramai yang sudah ditahan...jadi pakcik polis sudah tidak cukup tangan untuk menahan saya. caranya, cuma angkat tangan kepada salah seorang encik polis yang sedang sibuk itu, senyum sehabis manis, seolah-olah kita kenal dengan beliau dan tegurlah pakcik-pakcik polis dengan kata-kata yang sopan dan manis seperti, "banyak kerja ya pakcik, saya lalu dulu ya" Dan saya berjaya lepas semalam... hehehe ampunnya pakcik polis.. saya renew lesen saya cepat-cepat... hehehe...

OK la kawan-kawan...hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... jadi akhir kalam... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya!!! Hehehe