JellyPages.com

Tuesday 31 March 2015

bERlaLUnYe MaC... KiNi TibA aPRiL...

Assalammualaikum W.B.T dan salam sejahtera...

Hai kawan-kawan...

Maafkan saya kerana agak sibuk mengejar dunia realiti hingga terlupakan dunia siber kesayangan saya ini pula. kebiasaan untuk online di mukabuku sahaja. hihihi... Waauuu....  Bulan Mac... Sungguh mencabar... namun tetap ada kemanisan. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Mohon kawan-kawan sentiasa mendoakan azam saya untuk kurus dan juga dapat mengumpul RMSejuta dalam setahun. hihihi..


Yang paling gembira bila saya akhirnya bertemu dengan pujaan hati. Sangat manja, nakal, kuat makan dan gebu. terima kasih kepada officemate yang memperkenalkan kami. walaupun baru sebulan hidup bersama, namun sudah buat saya sangat sayangkannya. Seperti hari-hari yang berlalu begitu pantas sejak kehadiran dia. namun dia memang tidak suka duduk diam. suka bermain dan bermacam-macam karenah. tak pernah jemu saya melayan. saya perkenalkan semua. buah hati pengarang jantung saya, KOKO.

Bulan ini juga perkahwinan sepupu saya. Tahniah Aty dan Ariff. Moga kekal hingga ke syurga. Jadi, mengambil kesempatan di majlis sepupu untuk berselfie bersama kakak sepupu, K.Wynn. bermacam rupa dan gaya. hihihi.

kenangan bersama kawan-kawan di office tidak kurang hebatnya. sesi berinai lah, sesi makan besarlah, majlis hari jadi dan macam-macam lagi. GEMBIRA. walaupun bermacam dugaan dan tekanan (dah tiada sale kan..confirm la kene marah..hihi) namun kami semua tetap happy. perangai semua berbeza.. ada yang mulut laser (saya la tu..hihi).. ada yang pemendam.. ada yang jadi mangsa buli dan macam-macam lagi. tapi kami tetap bersama tidak kira suka dan duka... cheewwaaahhh...

Kenangan termanis bulan ini adalah sepagi di Kuala Lumpur. Sempena dengan cuti sekolah, saya menghantar bonda untuk berjalan ke rumah kakak-kakak saya di Kuala Lumpur. Keesokkan harinya sebelum pulang ke Ipoh, Kami ke KLCC dahulu. naik ke Jejantas dan juga tingkat tertinggi yang boleh dilawati iaitu Tingkat 86. Inilah kali pertama saya naik melawat Jejantas KLCC dan naik ke puncak. Gayatnya tidaklah terkata.. Selepas turun dari KLCC, kami terus ke Aquaria KLCC. Ini kali kedua saya sampai ke Aquaria KLCC ini. namun apa yang saya perasan, ikan Arapaima Gigas yang sangat besar semasa lawatan pertama saya dahulu sudah tiada. Mungkin sudah mati. Banyak juga perubahan di Aquaria ini. Jadi saya sangat mensarankan ibubapa untuk membawa anak-anak melawat ke  KLCC. Banyak tempat menarik dan sesuai untuk membuka minda kanak-kanak.

Wahhh... panjang entri saya kali ini. Iyalah, cerita sebulan dipendekkan jadi karangan. maka berjelalah... hihihi. Jadi kawan-kawan, terima kasih luahkan masa. Akhir kalam,..hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya


Saturday 24 January 2015

MarUAh? eGo aTAu HarGa dIRi?

Assalammualaikum W.B.T

Dan Salam Sejahtera.

Hai kawan-kawan......

Bertemu lagi kita..... Suka untuk saya ingatkan diri saya sendiri, saya masih lagi diet dan mengumpul wang. RM1Juta dalam setahun.. Doakan saya ya kawan-kawan. Antara mengapa saya bersungguh-sungguh ingin mengubah nasib saya adalah kerana ingin mengembalikan maruah saya yang telah tercalar dengan kegagalan saya yang lalu. So, kembali ke persoalan utama, Maruah, egokah atau harga diri?

Kisah yang masih lagi panas, kisah Zamani Slam yang dirakam menyanyi ketika ditahan di lokap. Banyak yang sangat beremosi kerana terasa betapa tercalarnya maruah Zamani Slam itu menyanyi ketika tangannya masih bergari. Okay, persoalannya, egokah atau harga diri. Hmmm... pasti ada yang akan marah dengan kenyataan saya ini nanti... Pertamanya, memang betul, polis berkenaan adalah sangat tidak profesional. Perlu diambil tindakan tata tertib.



Kembali kepada Zamani Slam, ya, beliau adalah 'public figure', jadi beliau punya harga diri untuk dijaga. Namun kita perlu sedar, beliau adalah juga penagih dadah, langkah kiri yang dipilih oleh diri beliau sendiri. So, telanlah apa jua yang datang setelah apa yang kau pilih. Jangan kerana mahu menjaga air muka beliau, kita lupakan impak yang negatif beliau bawa. Sehinggakan ada pula yang mempertikaikan undang-undang kerajaan yang sangat ketat terhadap jenayah dadah. Dadah adalah musuh negara. Belajarlah dari kekalahan askar Amerika di Vietnam kerana dadah. Bayangkan, negara yang lebih maju kalah kepada negara yang mundur. Hanya dadah yang mampu buat begitu.





Saya percaya, Zamani Slam juga pasti sangat menyesal kerana terjerumus ke lembah yang sangat hina ini, Memang bukanlah hak kita untuk memperkotak-katikkan harga diri beliau. Namun apa yang saya cuba sampaikan, yang salah tetap salah. Jangan terlalu dibela kerana kasihankan mereka kerana menganggap mereka teranaya. Pilihan itu ditangan mereka, dan  ini yang mereka pilih. Jadi mereka harus menerima semua yang datang dari tindakan mereka tersebut. Mereka hanya artis, hanya manusia biasa, malah mereka menjadi contoh kepada masyarakat. Maka, jadilah contoh yang baik. janganlah hanya mereka artis, mereka diberi lesen untuk melakukan kesalahan yang besar namun segera dimaafkan kerana rasakan mereka teranaya.




So, saya tanyakan sekali lagi, masihkah isu harga diri di sini atau ego seorang artis untuk menjaga air muka. Saya adalah sangat meminati Slam. Saya membesar dengan lagu-lagu yang Zamani Slam nyanyikan. Rakaman itu juga sungguh menyentuh hati saya. saya begitu kesal dengan jalan yang beliau pilih. Sedarlah masyarakat.. janganlah sesekali terjebak dengan dengan gejala dadah ini. Bahkan jangan sesekali ingin mencuba.  Pesanan khidmat masyarakat  ringkas (ringkas ke..hihi) ini dibawa khas dari saya untuk semua.



Kelmarin saya meluangkan masa membelek blog saya ini, baru saya teringatkan janji saya untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan juga trade mark ending blog saya. So kawan-kawan, terima kasih luahkan masa. maaf kalau ada yang tidak senang hati dengan buah fikiran saya ini. Akhir kalam,..hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya

Wednesday 21 January 2015

bUKaN sEnANg uNTuk SenAng, BukAn sUSah uNtUk SusAH

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hai kawan-kawan.


Seriuskan tajuk entry saya kali ini. But yet, betulkan.. sememangnya sangat susah untuk senang dan sangat mudah untuk susah.. Semuanya sangat bergantung pada diri kita.


Sedari kecil, saya adalah sangat bercita-cita tinggi.. Always be the best.. itu motto hidup saya semasa itu. Saya sangat aktif, menceburkan diri dalam banyak aktiviti sekolah. Sudah mula berkursus motivasi seawal usia saya 10tahun. masih segar di ingatan saya lokasi kursus tersebut, di Institut Latihan Risda, Padang Rengas, Perak. Antara aktivitinya yang saya ingat roket telur. Di sekolah menengah pula, saya terlibat dengan silat seni, PRS, puteri islam, pengawas sekolah dan macam-macam lagi. Walaupun saya kelas sains, ia tidak menghalang saya untuk kekal aktif tanpa abaikan pelajaran saya. (kecuali matematik, saya pernah didenda kerana tidak siapkan kerja sekolah...hihihi)

Saya masih bekerja keras semasa di Universiti. Masih ingin membuktikan kepada semua orang saya adalah yang terbaik.. Pada masa itu saya sangat yakin yang saya pasti akan menjadi seorang yang sangat berjaya.. Terlalu sibuk dengan aktiviti luar, saya leka. menyebabkan saya ketinggalan dalam pelajaran saya. Hasilnya saya graduate dengan keputusan yang sederhana.

Bommmm....

One by one kegagalan menghampiri saya.. bangunnya saya.. dengan mudah dijatuhkan kembali.. kepayahan mencari kerja kerana saiz saya dan result saya agak tidak membanggakan, meyukarkan hidup saya selepas tamat pengajian.. Kemudian saya libatkan diri dala F&B.. bidang yang sangat menarik. My passion was there. Food and people... both are my favourite things. So, malangnya, bila saya mula selesa... Datang lagi dugaan yg hebat untuk saya.. hingga akhirnya saya kecewa. so i set my mind.. just live your life... Going with the flow.. No need to struggle, because for sure, u will fall again.. so saya jadi semakin malas. dan badan semakin gemuk.. otak semakin mendap.. dulu saya boleh mencongak dengan laju... but now, im getting slower...

Hingga akhirnya, Allah pertemukan saya semula dengan xclassmate saya di UKM, En Ayiep (my refferal). Die membangunkan saya semula dari tidur yang panjang. Die menampakkan semula sinar yang saya rasa telah lama pergi meninggalkan saya. Dengan bantuan dari beliau, saya berjumpe semula dengan sahabat saya semasa di UKM, Pn Are. Pn Are boleh dikatakan sudah berjaya. jadi mereka telah membakar semangat saya untuk berdiri sama tinggi dengan mereka.

Hari ini saya berjanji pada diri sendiri, saya akan bangun dan berdiri tegak. Buktikan kembali kepada semua saya mampu bangun dan menyinar. Pada Allah saya menyerah... saya berusaha dan sentiasa berdoa, agar Allah memberkati usaha saya. saya ingin bangun untuk buat bonda saya bangga. saya ingin bangun untuk menutup mulut org yang pernah menghina saya. dan yang penting saya ingin bangun untuk hidup dengan bahagia bersama bonda saya.


Akhir kalam, moga Allah permudakan usaha saya. Moga ditunaikan harapan saya, Next year target thinner and richer. RM 1Juta dalam masa setahun. InsyaAllah. Sesiapa berminat untuk berusaha bersama saya, bolehlah hubungi saya di nombor 0133604082.

Sunday 18 January 2015

wAhhhh... Its New Year!!! n lOng TimE nO sEEee....

Assalammualaikum w.b.t. n salam sejahtera.....

Hi kawan2... hihihihi...

Lama betul saya tinggalkan blog ni...
Sejak tukar kerja.. Tidak berkesempatan untuk menulis... Ikutkan hati... banyak yang saya nak share kan... but yet.. tidak berkesempatan pon nak bukak blogger ni.... huhuhu....

Bila masuk Tahun baru, semua tanya azam.. kan... so azam saya tahun n i nak turunkan berat badan dan tambah duit dalam bank.... hahahahaha... best tak?... tapi saya tahu... mesti banyak dugaan dan cabaran untuk saya capai cita-cita saya.. namun saya berikrar untuk kali ini, saya tisak akan mudah mengalah... saya berjanji kepada diri saya sendiri.. yang saya tidak akan berhenti mencuba...

Saya yakin dengan sokongan sepenuhnya dari bonda saya, dan bantuan penuh dari sahabat saya En Ayiep dan Pn Are... saya pasti saya mampu mengumpul RM1Juta dalam akaun bank saya dalam masa satu tahun sahaja..Doakan saya ya kawan-kawan... Jika berminat untuk mengumpul RM1Juta bersama saya bolehlah whatsapp saya di nombor 0133604082....

Untuk program mengurangkan berat badan pula, saya sedang fokus menjalankan Program Diet Atkins... So simple but yet so hard to do... kene keraskan hati.. determine kene tinggi... kena ada yang sentiasa support... im so lucky, kawan-kawan Office saya semua sangat memberi semangat. Sangat menjaga makan saya... Bonda lah yang sangat berbesar hati dengan Azam baru saya ini... Sanggup diet bersama saya... I Love U So Much Mak... Im so lucky... Ive been bless by Allah, that him gave me such a bless people around me so i can keep going n stay strong....

2014... its a rough year... tough one to beat... but its past... and it always be past... Ive moved on.... So hopefully this 2015 be nice to me... InsyaAllah... Bak kata superior saya.. Pray Hard Work Smart... Next Year hopefully my dream will come true...You'll see me thinner and richer!!!!!! hahahaha Finger cross!!!!!!

Wednesday 11 December 2013

sAya tIAdA iDea UntUk BerbICaRa!!!!!

Assalammualaikum w.b.t....

Hi kawan-kawan.....

Wahhh tiadanya idea untuk dikeluarkan..huhu... meh kita cerita pasal banjir la nak... Moga mereka yang sedang ditimpa musibah, tabah menghadapi dugaan dari Allah.. Setiap dugaan pastinya akan mendatangkan keinsafan dalam diri..





amatlah diharapkan kita dapat belajar dari musibbah yang melanda ini.. agar persiapan awal dapatlah disediakan.. janganlah hanya mengaduh sesudah terhantuk... Saya sedikit kecewa bayak juga pihak yang mengambil kesempatan terhadap mangsa-mansa banjir begini.. ada yang saya terdengar bantuan tidak sampai ke tangan yang hak..ada yang menyimpan hanya untuk keluarga sendiri sahaja.. yang lain dibiarkan begitu sahaja... perkara ini sememangnya lazim berlaku dalam masyarakat kita.. sejak zaman saya kecil.. rumah kami pernah juga mengalami banjir... begitu jugalah yang terjadi.. bantuan tidak sampai ke tangan yang hak... minta pihak kerajaan mengambil serius akan hal ini....



 penempatan mangsa banjir pula.... akhirnya, setelah bising dan kecoh di media sosial, barulah nampak gambar khemah untuk mangsa banjir... aduhai kerajaan!!!!! Bangunlah!!!! berbaktilah untuk rakyat... Utamakanlah rakyat......ada pula yang saya dengar, bantuan yang dihantar untuk melakukan gotong-royong hanya sandiwara semata-mata... tidak mereka sedar..mereka yang datang mewakili kerajaan membawa nama kerajaan... busuk yang mereka buat, maka busuklah kerajaan....

nampak macam berlakon sangatkan....
Sedangkan yang benar-benar bekerja untuk rakyat ramai.. Namun kerana yang nila setitik.. rosak susu sebelanga... hmmm.. harapnya semua belajar untuk lebih ikhlas untuk berjuang untuk negar.. relevenkah lagi BTN jika masyarakat kita masih begini.. diri didahulukan negara dikemudiankan...


Ha...kan sudah berapi-api keluar...hehehehe OK la kawan-kawan...hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... jadi akhir kalam... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya

p/s -gambar adalah ehsan dari en google... tidak berkesempatan untuk ke sana..huhuhuh

Wednesday 4 December 2013

mArI MelAwAT KuaLa LumPUr

Assalammualaikum kawan-kawan....

Hi semua....

Alangkah terkejutnya saya, bila saya buka dashboard blog saya, menunjukkan 105 pageview for today...



ha!! hari ini dalam sejarah tau... biasanya reader saya hanya dalam 40+ sahaja, itupun apabila saya publish entry baru... tapi, saya baru nak menulis entri ini.. last entri pada 22 nov lalu... but... im so happy!!!!! Thank you for those are visiting me today... thank you so much...

ehsan dari mr google
ok lah.. berbalik kepada tajuk entri hari ini.. sebenarnya bukanlah sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur... Namun, sudah lama tidak berjalan-jalan ke sana.. hehehe paham ke? maksud saya, biasanya ke Kuala Lumpur untuk ke rumah kakak sahaja.. dan tidak ke mana-mana.. namun kali ini saya berjalan seorang diri di Kota Metro itu... yay!!!!!

ehsan dari mr google
Perjalanan bermula dengan keretapi ETS pada 5am.. ans guess what... saya hanya bangun pada pukul 4.30am.... wahhhh!!!!! im so late!!!! itupun nasib baik emak saya kejutkan... apalagi... macam lipas kudunglah bersiap... mandi cowboy!!! hahahaha..... tengok jam 4.45am, wahhhh!!!!! sempatlah! sempatlah! doa saya dalam hati dan terus salam dan cium pipi emak dan terus memecut menggunakan Motor arwah ayah saya ke stesen keretapi Ipoh..... sesampai sahaja, keretapi sudah membunyikan hon yang terakhir!!  argh!!! berlari mendapatkan keretapi... stewardess (untuk train kita panggil macam ni juga kan? hehehe) mengarahkan saya masuk sahaja ke mana-mana gerabak.. tanpa melihat tiket saya.... berjayalah saya masuk ke gerabak B walaupun tiket saya untuk gerabak D.. tidak sampai 5minit, train ETS itu terus bergerak... Syukur sangat!!!

tiket pergi
tiket balik

destinasi dituju adalah KL Sentral... lebih kurang 7.20am, tiba di stesen KL Sentral... terus memecut ke tandas untuk menselesakan diri... hehehe... juga untuk make up, oh ya..lupa pula... sebenarnya saya ada interniew di Sunway pada pukul 11. Jadi perlulah menampakan diri saya sehabis baik..hehehe.... oleh kerana interview saya lambat lagi, saya mengambil keputusan untuk bersarapan sahaja di sini dan mencuci mata... Ahhh sekali lagi lupa mengambil gambar...huhuhu... saya makan Nasi Lemak RM6.90 dan air suam RM1.. ha..macam nak pengsan tengok harga....huhuhu
juga dari mr google

Kemudiannya saya berjalan-jalan sekitar KL Sentral... Jam menunjukkan pukul 9.15am... Sudah tidak tahu apalagi yang boleh dilihat.. terus ke Platform untuk menunggu komuter.. menaiki komuter untuk ke Sunway... Wahhhh.... lama sudah tidak menaiki komuter......Sampai di stesen Setia Jaya... berjalan untuk mendapatkan teksi untuk ke Mentari Bussiness Park... Sampai di lokasi yang dituju pada pukul 10.20am.. wahh.. awalnya saya untuk di inteview...


menuju ke kl sental untuk menaiki putraline
Lebih kurang pukul 11.30am, selesai.... terus menuju ke Ramsay's Sime Darby Medical Centre, dulunya dikenali sebagai Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk melawat anak buah saya yang saya ceritakan sebelum ini. Alhamdulillah.. semasa saya lawat, dia sudah dipindahkan ke wad biasa... Lepaklah saya sebentar dengan kakak saya.....
sudah boleh tersenyum.. ini adalah selasa minggu lepas... sudah pulang ke rumah pada ahad yang lepas...

Lebih kurang pukul 3.30am, saya begerak keluar untuk ke destinasi seterusnya, KLCC!!!!! lama sungguh saya tidak ke sana.. lalu sebelah sahaja.. hehehe... sistem komuter masih dalam proses pembaikan di stesen Subang...sampai di KLCC berjalan di AVK... minum petang diblanja oleh teman... hehehe....
pancake!!!!! sedap.....

special made ice coffe..yang lepastu saya sakit kepala...huhuhu

yum..yumm...hehehe


Berjalan-jalan mencuci mata di KLCC.... lebih kurang pukul 8.30pm... ambil tren untuk ke KL Sentral semula... dengan yakinnya mengambil tren, sekali, salah tren... muahahaha... turun di stesen selepas ampang park (tak ingatlah nama stesen tu..huhuhu...) tukar tren dan terus ke KL Sentral.... dan menaiki tren terakhir ETS KL - IPOH.. bubye KL... Jumpa lagi nanti....

OK la kawan-kawan...hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... jadi akhir kalam... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya




Friday 29 November 2013

mY NepHew Is gEttIng MarrY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalammualaikum w.b.t

Hai Kawan-kawan!!!

Nampak tak betapa stressnya saya dengan tajuk entry kali ini... Bukan sebab tak suka anak sedara saya yang sulong berkahwin.. Tapi... pasti ramai yang akan bising, bilalah maksu dia nak kahwin.... adoiaiiiiiii......

Apa-apa pon... Tahniah Aloy dan pasangannya Siti... welcome to Mali's Family.. hehehe...

bagai pinang di belah dua

Cakap pasal kahwin ni... saya mintak saya semua masyarakat paham.. bukanlah niat kami yang masih membujang ini untuk selamanya membujang...kami juga ingin mempunyai pasangan hidup yang boleh dikongsi suka dan suka.. namun apakan daya.. jodoh kami belum sampai...

bersama arwah ayah dan mak saya

Rasanya semua sedia maklum, bahawa Jodoh itu sudah tertulis di loh mahfuz.. kenapa masih mempersoalkan lambat atau cepatnya jodoh... Cubalah fahami hati kami (terasa seperti mewakili mereka yang masih bujang..hehehe) Bukanlah kami tidak berusaha mencari... kami juga punya keinginan untuk berkasih sayang.. Saya sendiri sedih melihat kawan-kawan semua sudah berkeluarga tapi saya masih sendiri... namun saya yakin dengan Janji Allah... akan datang suatu hari nanti jodoh untuk saya... Saya hanya mampu berdoa agar jodoh yang datang adalah jodoh yang terbaek untuk saya... 


bila terlihat gambar arwah ayah, lagi bertanbah sedih saya.. hanya saya anak perempuan yang arwah ayah tidak sempat untuk wali kan,...bukan rezeki saya.... tapi saya ada abang-abang yang boleh mewalikan saya...hmmm... mood ceria bertukar mendung pula.. hehehe.. tukar-tukar.... 

Ok lah aloy!!!! Congrats!!!! Siti juga.... Tahniah dan selamat mengharungi dunia baru ya.....
kami dengan bakal menantu sedara yang sulong

OK la kawan-kawan...hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... jadi akhir kalam... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya