JellyPages.com

Tuesday 31 March 2015

bERlaLUnYe MaC... KiNi TibA aPRiL...

Assalammualaikum W.B.T dan salam sejahtera...

Hai kawan-kawan...

Maafkan saya kerana agak sibuk mengejar dunia realiti hingga terlupakan dunia siber kesayangan saya ini pula. kebiasaan untuk online di mukabuku sahaja. hihihi... Waauuu....  Bulan Mac... Sungguh mencabar... namun tetap ada kemanisan. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Mohon kawan-kawan sentiasa mendoakan azam saya untuk kurus dan juga dapat mengumpul RMSejuta dalam setahun. hihihi..


Yang paling gembira bila saya akhirnya bertemu dengan pujaan hati. Sangat manja, nakal, kuat makan dan gebu. terima kasih kepada officemate yang memperkenalkan kami. walaupun baru sebulan hidup bersama, namun sudah buat saya sangat sayangkannya. Seperti hari-hari yang berlalu begitu pantas sejak kehadiran dia. namun dia memang tidak suka duduk diam. suka bermain dan bermacam-macam karenah. tak pernah jemu saya melayan. saya perkenalkan semua. buah hati pengarang jantung saya, KOKO.

Bulan ini juga perkahwinan sepupu saya. Tahniah Aty dan Ariff. Moga kekal hingga ke syurga. Jadi, mengambil kesempatan di majlis sepupu untuk berselfie bersama kakak sepupu, K.Wynn. bermacam rupa dan gaya. hihihi.

kenangan bersama kawan-kawan di office tidak kurang hebatnya. sesi berinai lah, sesi makan besarlah, majlis hari jadi dan macam-macam lagi. GEMBIRA. walaupun bermacam dugaan dan tekanan (dah tiada sale kan..confirm la kene marah..hihi) namun kami semua tetap happy. perangai semua berbeza.. ada yang mulut laser (saya la tu..hihi).. ada yang pemendam.. ada yang jadi mangsa buli dan macam-macam lagi. tapi kami tetap bersama tidak kira suka dan duka... cheewwaaahhh...

Kenangan termanis bulan ini adalah sepagi di Kuala Lumpur. Sempena dengan cuti sekolah, saya menghantar bonda untuk berjalan ke rumah kakak-kakak saya di Kuala Lumpur. Keesokkan harinya sebelum pulang ke Ipoh, Kami ke KLCC dahulu. naik ke Jejantas dan juga tingkat tertinggi yang boleh dilawati iaitu Tingkat 86. Inilah kali pertama saya naik melawat Jejantas KLCC dan naik ke puncak. Gayatnya tidaklah terkata.. Selepas turun dari KLCC, kami terus ke Aquaria KLCC. Ini kali kedua saya sampai ke Aquaria KLCC ini. namun apa yang saya perasan, ikan Arapaima Gigas yang sangat besar semasa lawatan pertama saya dahulu sudah tiada. Mungkin sudah mati. Banyak juga perubahan di Aquaria ini. Jadi saya sangat mensarankan ibubapa untuk membawa anak-anak melawat ke  KLCC. Banyak tempat menarik dan sesuai untuk membuka minda kanak-kanak.

Wahhh... panjang entri saya kali ini. Iyalah, cerita sebulan dipendekkan jadi karangan. maka berjelalah... hihihi. Jadi kawan-kawan, terima kasih luahkan masa. Akhir kalam,..hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya


No comments:

Post a Comment