JellyPages.com

Saturday 24 January 2015

MarUAh? eGo aTAu HarGa dIRi?

Assalammualaikum W.B.T

Dan Salam Sejahtera.

Hai kawan-kawan......

Bertemu lagi kita..... Suka untuk saya ingatkan diri saya sendiri, saya masih lagi diet dan mengumpul wang. RM1Juta dalam setahun.. Doakan saya ya kawan-kawan. Antara mengapa saya bersungguh-sungguh ingin mengubah nasib saya adalah kerana ingin mengembalikan maruah saya yang telah tercalar dengan kegagalan saya yang lalu. So, kembali ke persoalan utama, Maruah, egokah atau harga diri?

Kisah yang masih lagi panas, kisah Zamani Slam yang dirakam menyanyi ketika ditahan di lokap. Banyak yang sangat beremosi kerana terasa betapa tercalarnya maruah Zamani Slam itu menyanyi ketika tangannya masih bergari. Okay, persoalannya, egokah atau harga diri. Hmmm... pasti ada yang akan marah dengan kenyataan saya ini nanti... Pertamanya, memang betul, polis berkenaan adalah sangat tidak profesional. Perlu diambil tindakan tata tertib.



Kembali kepada Zamani Slam, ya, beliau adalah 'public figure', jadi beliau punya harga diri untuk dijaga. Namun kita perlu sedar, beliau adalah juga penagih dadah, langkah kiri yang dipilih oleh diri beliau sendiri. So, telanlah apa jua yang datang setelah apa yang kau pilih. Jangan kerana mahu menjaga air muka beliau, kita lupakan impak yang negatif beliau bawa. Sehinggakan ada pula yang mempertikaikan undang-undang kerajaan yang sangat ketat terhadap jenayah dadah. Dadah adalah musuh negara. Belajarlah dari kekalahan askar Amerika di Vietnam kerana dadah. Bayangkan, negara yang lebih maju kalah kepada negara yang mundur. Hanya dadah yang mampu buat begitu.





Saya percaya, Zamani Slam juga pasti sangat menyesal kerana terjerumus ke lembah yang sangat hina ini, Memang bukanlah hak kita untuk memperkotak-katikkan harga diri beliau. Namun apa yang saya cuba sampaikan, yang salah tetap salah. Jangan terlalu dibela kerana kasihankan mereka kerana menganggap mereka teranaya. Pilihan itu ditangan mereka, dan  ini yang mereka pilih. Jadi mereka harus menerima semua yang datang dari tindakan mereka tersebut. Mereka hanya artis, hanya manusia biasa, malah mereka menjadi contoh kepada masyarakat. Maka, jadilah contoh yang baik. janganlah hanya mereka artis, mereka diberi lesen untuk melakukan kesalahan yang besar namun segera dimaafkan kerana rasakan mereka teranaya.




So, saya tanyakan sekali lagi, masihkah isu harga diri di sini atau ego seorang artis untuk menjaga air muka. Saya adalah sangat meminati Slam. Saya membesar dengan lagu-lagu yang Zamani Slam nyanyikan. Rakaman itu juga sungguh menyentuh hati saya. saya begitu kesal dengan jalan yang beliau pilih. Sedarlah masyarakat.. janganlah sesekali terjebak dengan dengan gejala dadah ini. Bahkan jangan sesekali ingin mencuba.  Pesanan khidmat masyarakat  ringkas (ringkas ke..hihi) ini dibawa khas dari saya untuk semua.



Kelmarin saya meluangkan masa membelek blog saya ini, baru saya teringatkan janji saya untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan juga trade mark ending blog saya. So kawan-kawan, terima kasih luahkan masa. maaf kalau ada yang tidak senang hati dengan buah fikiran saya ini. Akhir kalam,..hingga bertemu lagi di lain masa dan waktu... berhati-hati ketika memandu...jalanraya bukan litar lumba... pakailah tali pinggang keledar... ingatilah orang yang tersayang... anda mampu mengubahnya

No comments:

Post a Comment