JellyPages.com

Wednesday 21 January 2015

bUKaN sEnANg uNTuk SenAng, BukAn sUSah uNtUk SusAH

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hai kawan-kawan.


Seriuskan tajuk entry saya kali ini. But yet, betulkan.. sememangnya sangat susah untuk senang dan sangat mudah untuk susah.. Semuanya sangat bergantung pada diri kita.


Sedari kecil, saya adalah sangat bercita-cita tinggi.. Always be the best.. itu motto hidup saya semasa itu. Saya sangat aktif, menceburkan diri dalam banyak aktiviti sekolah. Sudah mula berkursus motivasi seawal usia saya 10tahun. masih segar di ingatan saya lokasi kursus tersebut, di Institut Latihan Risda, Padang Rengas, Perak. Antara aktivitinya yang saya ingat roket telur. Di sekolah menengah pula, saya terlibat dengan silat seni, PRS, puteri islam, pengawas sekolah dan macam-macam lagi. Walaupun saya kelas sains, ia tidak menghalang saya untuk kekal aktif tanpa abaikan pelajaran saya. (kecuali matematik, saya pernah didenda kerana tidak siapkan kerja sekolah...hihihi)

Saya masih bekerja keras semasa di Universiti. Masih ingin membuktikan kepada semua orang saya adalah yang terbaik.. Pada masa itu saya sangat yakin yang saya pasti akan menjadi seorang yang sangat berjaya.. Terlalu sibuk dengan aktiviti luar, saya leka. menyebabkan saya ketinggalan dalam pelajaran saya. Hasilnya saya graduate dengan keputusan yang sederhana.

Bommmm....

One by one kegagalan menghampiri saya.. bangunnya saya.. dengan mudah dijatuhkan kembali.. kepayahan mencari kerja kerana saiz saya dan result saya agak tidak membanggakan, meyukarkan hidup saya selepas tamat pengajian.. Kemudian saya libatkan diri dala F&B.. bidang yang sangat menarik. My passion was there. Food and people... both are my favourite things. So, malangnya, bila saya mula selesa... Datang lagi dugaan yg hebat untuk saya.. hingga akhirnya saya kecewa. so i set my mind.. just live your life... Going with the flow.. No need to struggle, because for sure, u will fall again.. so saya jadi semakin malas. dan badan semakin gemuk.. otak semakin mendap.. dulu saya boleh mencongak dengan laju... but now, im getting slower...

Hingga akhirnya, Allah pertemukan saya semula dengan xclassmate saya di UKM, En Ayiep (my refferal). Die membangunkan saya semula dari tidur yang panjang. Die menampakkan semula sinar yang saya rasa telah lama pergi meninggalkan saya. Dengan bantuan dari beliau, saya berjumpe semula dengan sahabat saya semasa di UKM, Pn Are. Pn Are boleh dikatakan sudah berjaya. jadi mereka telah membakar semangat saya untuk berdiri sama tinggi dengan mereka.

Hari ini saya berjanji pada diri sendiri, saya akan bangun dan berdiri tegak. Buktikan kembali kepada semua saya mampu bangun dan menyinar. Pada Allah saya menyerah... saya berusaha dan sentiasa berdoa, agar Allah memberkati usaha saya. saya ingin bangun untuk buat bonda saya bangga. saya ingin bangun untuk menutup mulut org yang pernah menghina saya. dan yang penting saya ingin bangun untuk hidup dengan bahagia bersama bonda saya.


Akhir kalam, moga Allah permudakan usaha saya. Moga ditunaikan harapan saya, Next year target thinner and richer. RM 1Juta dalam masa setahun. InsyaAllah. Sesiapa berminat untuk berusaha bersama saya, bolehlah hubungi saya di nombor 0133604082.

No comments:

Post a Comment